SELAMAT DATANG KE LAMAN DESAINKARYA.BLOGSPOT.COM

Khamis, 17 Disember 2009

KEDAIKU JUAL SAJADAH SAJA

Kedai jual sajadah ini telah beroperasi sejak tahun 1957 di Jalan Villa Indah. Pelbagai model sajadah yang indah menawan untuk beribadah terdapat di kedai ini.

Kedai jual sajadah ini telah beroperasi sejak tahun 1957 di Jalan Villa Indah. Pelbagai model sajadah yang indah menawan untuk beribadah terdapat di kedai ini.

Cek Din berkata, "Kedai Sajadah Villa Indah merupakan pusat barangan muslim dan kelengkapan haji terbesar di Kota Sirat ini."

"Kami menyediakan produk seperti sajadah keluaran tempatan mahupun luar negara, yang didatangkan khusus dari Arab Saudi, Turki, dan Kashmir India," ujar Cek Din kepada Jurnal Kota Sirat, semalam.

Katanya lagi, "Sajadah yang lebih diminati oleh pelanggan adalah bercirikan pola-pola flora, fauna, atau etnik."

"Dahulunya desain pada sajadah berupa Masjid atau Kaabah, kini desain ini lebih bersifat natural dan mesra alam," jelasnya lagi.

Kedai Sajadah Villa Kota Sirat, mempunyai koleksi sajadah hampir ribuan ringgit malaysia buatan Malaya, dan ratusan ribu hingga ke sejuta ringgit malaysia sajadah diimport dari luar negara.

"Yang termahal adalah sajadah import dari Kashmir yang diproses secara tenunan tangan," jelasnya.

Bukan itu saja, Kedai Villa Kota Sirat juga menyediakan pakej sajadah yang sangat sesuai dijadikan hadiah hari raya.

"Satu pakej berupa sajadah, tasbih digital dan minyak wangian, berharga puluhan ringgit malaysia. Dijamin istimewa dan membahagiakan, "katanya.

Koleksi lain yang dimiliki oleh Kedai Villa Kota Sirat, hanya dikhususkan untuk pelanggan lanjut usia (warga emas) yang sakit kaki dan lutut.

"Sajadah unik ini juga mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan eksklusif. Harganya ratusan ringgit malaysia, tanpa diskaun,"ujarnya.

Selain produk sajadah, Kedai Sajadah Villa Kota Sirat juga menyediakan produk seperti telekung yang menawarkan harga ratusan ringgit malaysia, manakala busana muslim bagi lelaki dan wanita, baik kanak-kanak mahupun dewasa, harganya dimulai dengan ratusan ke ratusan ringgit malaysia sahaja.

Jadi, inginkan diri lebih bergaya dan berjiwa mantop? Berpakaianlah dengan busana muslim berkualiti ini. Kedai Sajadah Villa Kota Sirat, pilihan tepat bagi anda seisikeluarga.

0 ulasan:

Kembali Ke Laman Utama

LAGU POPULAR

Hak Cipta Terpelihara © 2009 - Desain Karya